Sunday, May 15, 2016

Karangan tidak berformat: Rencana

Hai bertemu kembali kita di topik yang berbeza..Saban saya menulis blog saya sering terlupa untuk memberi ilmu pengetahuan am setiap masa..jadi kali ini saya tukar cara saya menerbitkan penyampaian saya melalui karangan yg berformat dan tdak berformat agar dapat membantu korang dalam pembelajaran aaaminnn....

Tajuk: Sejak akhir - akhir ini , kes penganiayaan terhadap anak-anak semakin berleluasa di negara kita. Saban hari ada sahaja berita tentang penganiayaan ini terpapar di dada akhbar. Pihak ibu bapa atau penjaga sewenang wenangnya mendera anak-anak mereka tanpa belas kasihan dan berperikemanusiaan. Sebelum masalah ini meruncing, langkah langkah positif , dan berkesan perlu diambil bagi membendung gajala buruk ini.

          Terdapat pelbagai bentuk penderaan yang telah dilakukan oleh penjaga atau ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Lazimnya, kanak kanak didera dengan benda-benda yang keras sperti batu dan rotan. Ada ibu bapa yang sanggup mencurahkan air panas kepada anak anak mereka. Terdapat juga kejadian kejadian yang menyeksa kanak-kanak, umpamanya, ada kanak-kanak dicucuh dengan puntung pokok yang berapi. Ada juga sanggup merotan atau mengurung anak-anak mereka. Sesetengah penderaan tersebut begitu parah sehingga mangsa-mangsa itu mengalami kecacatan dari segi mental dan fizikal.

          Menyedari betapa dasyatnya masalah ini, langkah langkah berkesan bagi mengatasinya perlu diketengahkan. Penderaan terhadap kanak kanak boleh dibendung melalui kuat kuasa undang-undang. Mereka yang bersalah mesti dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman yang berat. Pesalah pesalah ini perlu dianggap sebagai jenayah dan dihukum rotan atau dipenjara. Hanya hukuman seperti ini yang dapat menyedarkan ibu bapa tentang kesalahan mereka. Disamping itu , hukuman seperti ini juga memberi pengajaran kepada pasangan yang lain supaya tidak mendera anak mereka. Bagi memastikan undang-undang ini berkesan, setiap anggota masyarakat perlu berkerjasama dan melaporkan kes kes penderaan kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

          Sehubungan dengan itu, aspek penting dalam menangani masalah ini adalah melalui sesi bimbingan dan kauseling yang bertujuan untuk menyedarkan mereka akan tanggungjawab selepas berkahwin. Alam perkahwinan jauh berbeza dengan kehidupan bujang. Hakikat ini harus difahami secara mendalam. Perkara yang lebih utama ialah mereka harus sedar akan kesusahan dan tanggungjawab apabila mempunyai anak. Pendedahan seperti ini perlu agar pasangan yang baru berkahwin lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kesulitan. Selain itu, kemampuan dari segi kewangan patut dititikberatkan.

          Kita harus sedar bahawa anak-anak ialah penyambung zuriat. Anak ank pada zaman moden ini perlu dididik secara lebut tetapi tegas. Jika mereka dididik secara kasar merak akan bertindak balas apabila mereka dewasa kelak. Oleh demikian, ibu bapa harus mencurahkan sepenuh kasih sayang bagi membina sebuah keluarga yang penyanyang.

Alhamdulillah siap jugak...
Letakkan comment korang jika terdapat kecacatan pada karangan saya.... byee..

Contoh karangan surat tidak rasmi

      Hai korang apa khabar..... semoga korang dpat dipermudahkan membuat kerja ....            

                        No.50,Jalan 12,
                        Taman Bagus,
                        68100 Batu Caves,
                        Selangor Darul Ehsan.

                        20 Oktober 2015

           Menemui Cikgu Zakiah yang diingati selalu yang kini berada di Tawau, Sabah. Semoga cikgu diberikan kesejahteraan berpanjangan dan dilindungi oleh Allah S.W.T. Apa khabar cikgu? Diharapkan agar cikgu berada dalam keadaan sihat dan gembira di keluarga dan tugas harian. Alhamdulillah sya di sini walafiat.

Cikgu yang dikasihi,

            Mungkin cikgu trrkejut menerima surat ini kerana sudah lama tidak menghubungi cikgu , bukan bermakna saya sudah melupakan cikgu. Tidak semudah itu untuk saya melupakan cikgu yang paling banyak memberi dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh dan memberi sokingan kepada saya untuk berjaya dengan cemerlang.

            Untuk pengetahuan cikgu, sya telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan PT3 yang lalu. Kini , saya baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan PT3 dan tidak sabar untuk mengetahui keputusannyan. Harapan saya agar impian saya untuk bersekolah di sekolah asrama penuh akan tercapai.

Cikgu,
              Pada mesyuarat PIBG yabg lalu juga saya telah dipilih sebagai Pelajar Terbaik Sekolah kerana kecemerlangan saya dalam kokurikkulum dan kukirukulum. Baru-baru ini saya telah menjadi johan dalam pertandingan pidato antara sekolah dan bakal mengawakili sekolah pada peringkat daerah. Tidak sia-sia cikgu perturunkan ilmu pidati kepada sya tempoh hari . Berkat daripada ilmu tersubut jugalah sya berjaya menjadi pemidato terbaik.

                Sebelum saya mengakhiri surat saya ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu atas segala tunjuk ajar cikgu kepada sya selama ini. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa cikgu. Jasa dan pengorbanan cikgu dahulu akan saya kenang hingga ke akhir hayat saya. Saya akhiri surat saya ini dengan ucapan terima kasih.

                                        Yang benar,
                                       Muizz...

Fuhh penatnya menaip okay harap karangan ini dapat membantu korang dari semua aspek.. asalamualaikum

Karangan Ulasan Amalan Makanan Seimbang

Asalamualaikum korang....hari ni sya akn perkenalkan korang dgn sebuah karangan ulasan yg mungkin boleh membantu korang membuat kerja rumah..okay

Karangan: AMALAN MAKANAN  SEIMBANG

     Makanan adalah keperluan asas manusia selain daripada pakaian dan tempat tinggal. Makanan yg kita makan akan memberi kesan kepada tubuh badan. Pada pandangan sya, kita perlu mengambil makanan seimbang untuk memastikan badan kita terus sihat. Makanan seimbang terditu daripada kombinasi beberapa jenis makanan dan kita perlu makan mengikut had yg telah ditetapkan. Terdapat beberapa jenis makanan yang kita boleh makan dengan lebih banyak. Makanan jenis ini mengandungi karbohidrat. Contoh makanan jenis ini ialah bijiran dan ubi-ubian. Namun demikian, jika kita mengambil makanan ini secara berlebihan, badan kita akan menjadi gemuk dan ini akan menyukarkan pergerakan kita. Selain itu, ada jenis makanan yang kita perlu makan sedikit sahaja. Makanan jenis ini mengandungi banyak minyak dan lemak. Contoh makanan yang mengandungi banyak minyak dan lemak ialah buah kelapa dan lemak haiwan. Pengambilan makanan berminyak dan berlemak secara berlebihan akan menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti darah tinggi dan penyakit jantung. Sebagai kesimpulan, pemakanan seimbang perlu kita amalkan setiap hari. Amalan makanan seimbang akan menjadikan kita sihat sepanjang hayat. Pda pendapat sya, pihak kerjaaan perlu mengawal pengeluaran makanan segera yang tidak berkhasiat. Pihak kerjaan juga perlu mengadakan kempen amalan makanan seimbang secara berterusan agar pemakanan seimbang menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia..

Okay...fuhhh..jumpa lagi
See YOU when I see YOU..
ASALAMUALAIKUM