Sunday, May 15, 2016

Karangan tidak berformat: Rencana

Hai bertemu kembali kita di topik yang berbeza..Saban saya menulis blog saya sering terlupa untuk memberi ilmu pengetahuan am setiap masa..jadi kali ini saya tukar cara saya menerbitkan penyampaian saya melalui karangan yg berformat dan tdak berformat agar dapat membantu korang dalam pembelajaran aaaminnn....

Tajuk: Sejak akhir - akhir ini , kes penganiayaan terhadap anak-anak semakin berleluasa di negara kita. Saban hari ada sahaja berita tentang penganiayaan ini terpapar di dada akhbar. Pihak ibu bapa atau penjaga sewenang wenangnya mendera anak-anak mereka tanpa belas kasihan dan berperikemanusiaan. Sebelum masalah ini meruncing, langkah langkah positif , dan berkesan perlu diambil bagi membendung gajala buruk ini.

          Terdapat pelbagai bentuk penderaan yang telah dilakukan oleh penjaga atau ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Lazimnya, kanak kanak didera dengan benda-benda yang keras sperti batu dan rotan. Ada ibu bapa yang sanggup mencurahkan air panas kepada anak anak mereka. Terdapat juga kejadian kejadian yang menyeksa kanak-kanak, umpamanya, ada kanak-kanak dicucuh dengan puntung pokok yang berapi. Ada juga sanggup merotan atau mengurung anak-anak mereka. Sesetengah penderaan tersebut begitu parah sehingga mangsa-mangsa itu mengalami kecacatan dari segi mental dan fizikal.

          Menyedari betapa dasyatnya masalah ini, langkah langkah berkesan bagi mengatasinya perlu diketengahkan. Penderaan terhadap kanak kanak boleh dibendung melalui kuat kuasa undang-undang. Mereka yang bersalah mesti dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman yang berat. Pesalah pesalah ini perlu dianggap sebagai jenayah dan dihukum rotan atau dipenjara. Hanya hukuman seperti ini yang dapat menyedarkan ibu bapa tentang kesalahan mereka. Disamping itu , hukuman seperti ini juga memberi pengajaran kepada pasangan yang lain supaya tidak mendera anak mereka. Bagi memastikan undang-undang ini berkesan, setiap anggota masyarakat perlu berkerjasama dan melaporkan kes kes penderaan kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

          Sehubungan dengan itu, aspek penting dalam menangani masalah ini adalah melalui sesi bimbingan dan kauseling yang bertujuan untuk menyedarkan mereka akan tanggungjawab selepas berkahwin. Alam perkahwinan jauh berbeza dengan kehidupan bujang. Hakikat ini harus difahami secara mendalam. Perkara yang lebih utama ialah mereka harus sedar akan kesusahan dan tanggungjawab apabila mempunyai anak. Pendedahan seperti ini perlu agar pasangan yang baru berkahwin lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kesulitan. Selain itu, kemampuan dari segi kewangan patut dititikberatkan.

          Kita harus sedar bahawa anak-anak ialah penyambung zuriat. Anak ank pada zaman moden ini perlu dididik secara lebut tetapi tegas. Jika mereka dididik secara kasar merak akan bertindak balas apabila mereka dewasa kelak. Oleh demikian, ibu bapa harus mencurahkan sepenuh kasih sayang bagi membina sebuah keluarga yang penyanyang.

Alhamdulillah siap jugak...
Letakkan comment korang jika terdapat kecacatan pada karangan saya.... byee..

1 comment:

  1. Maafkan saya jika ada kekurangan pada karangan saya..segalakomen dan cadangan korang amat saya hargai

    ReplyDelete