Hai korang apa khabar..... semoga korang dpat dipermudahkan membuat kerja ....
No.50,Jalan 12,
Taman Bagus,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
20 Oktober 2015
Menemui Cikgu Zakiah yang diingati selalu yang kini berada di Tawau, Sabah. Semoga cikgu diberikan kesejahteraan berpanjangan dan dilindungi oleh Allah S.W.T. Apa khabar cikgu? Diharapkan agar cikgu berada dalam keadaan sihat dan gembira di keluarga dan tugas harian. Alhamdulillah sya di sini walafiat.
Cikgu yang dikasihi,
Mungkin cikgu trrkejut menerima surat ini kerana sudah lama tidak menghubungi cikgu , bukan bermakna saya sudah melupakan cikgu. Tidak semudah itu untuk saya melupakan cikgu yang paling banyak memberi dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh dan memberi sokingan kepada saya untuk berjaya dengan cemerlang.
Untuk pengetahuan cikgu, sya telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan PT3 yang lalu. Kini , saya baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan PT3 dan tidak sabar untuk mengetahui keputusannyan. Harapan saya agar impian saya untuk bersekolah di sekolah asrama penuh akan tercapai.
Cikgu,
Pada mesyuarat PIBG yabg lalu juga saya telah dipilih sebagai Pelajar Terbaik Sekolah kerana kecemerlangan saya dalam kokurikkulum dan kukirukulum. Baru-baru ini saya telah menjadi johan dalam pertandingan pidato antara sekolah dan bakal mengawakili sekolah pada peringkat daerah. Tidak sia-sia cikgu perturunkan ilmu pidati kepada sya tempoh hari . Berkat daripada ilmu tersubut jugalah sya berjaya menjadi pemidato terbaik.
Sebelum saya mengakhiri surat saya ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu atas segala tunjuk ajar cikgu kepada sya selama ini. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa cikgu. Jasa dan pengorbanan cikgu dahulu akan saya kenang hingga ke akhir hayat saya. Saya akhiri surat saya ini dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
Muizz...
Fuhh penatnya menaip okay harap karangan ini dapat membantu korang dari semua aspek.. asalamualaikum
Sila letakkan komen korang
ReplyDelete